::..Digital Clock..::

Monday 11 July 2011

::..Senyum Selalu..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan yang
baik dan sihat (’’,)
Walau apapun yang anda lakukan di saat ini,
saya mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

….Senyum selalu….

Makan cempedak goreng bersama air kopi,
Hidangan untuk waktu petang,
Maafkan saya kerana menyepi,
Tak bermaksud untuk menghilang.

Kek marble sedap sekali,
Dimakan bersama seisi keluarga,
Terima kasih daun keladi,
Ingatan semua sangat berharga.

Wajah ceria penyeri muka,
Pengubat hati yang duka nestapa,
Usah biarkan hati terluka,
Senyum selalu jangan dilupa.

Pergi bersiar-siar di taman bunga,
Indahnya pemandangan tidak terkira,
Selamat petang anda semua,
Saya ucapkan selamat bergembira.

No comments:

Post a Comment