::..Digital Clock..::

Monday 25 July 2011

::..Penat ke?..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar?
Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik.
Cak! Senyum selalu (’’,)

….Penat ke?....

Penat tapi seronok, hehehe..
Hari sabtu dan ahad ada saudara datang rumah,
jadi tak berkesempatan untuk menulis, maklumlah sibuk melayan
tetamu lebih-lebih lagi ada sepupu yang masih kecil dan comel-comel..
Sebelum tu hari sabtu keluar bersama dengan adik-adik,
tapi tak dapat jalan-jalan sangatlah sebab adik ada urusan kat bank,
kemudian pergi klinik,
itupun ada klinik yang tutup cari lagi klinik yang lain,
lepas tu balik rumah kejap adik ambil laptop,
keluar lagi pergi kedai komputer pulak,
lepas tu balik rumah sekejap baru keluar,
jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 5.20pm, itu menunjukkan
kami ada masa lebih kurang 1jam setengah sahaja =(
Apapun, masa tu diperuntukkan dengan sebaik-baiknya (’’,)
Hari ahad melayan si kecil, huhuhu..
Dah siap sarapan semua, adik nak pergi kedai komputer
tapi malangnya kedai tu tutup..
Si kecil berdua dengan abang dia nak ikut,
riuh rendah dibuatnya dalam kereta,
si adik dengan kakak nak pergi Carrefour,
si abang pulak nak pergi main bowling, OMG, hahaha..
Tapi masa dah suntuk sebab adik nak balik jadi pergi Carrefour je,
bowling lain kali ye.. Adik dengan kakak dua-dua masuk troli,
macam-macam diborongnya biasalah budak-budak, hohoho..
Petang ahad semua balik, keadaan jadi macam seperti sediakala..
Apapun, memang best, penat tapi seronok..

No comments:

Post a Comment