::..Digital Clock..::

Tuesday 12 July 2011

::..Sayang..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semoga semuanya sentiasa bahagia di samping insan tersayang.
Selamat malam (’’,)

….Sayang….

Ku menyusur jalan sepi bersendiri lagi..
Ku melihat disekeliling tanpa ada sesiapa..
Ku berehat sebentar sahaja untuk menghilangkan
keletihan di jiwa dan di hati, kerana masih jauh..
Masih jauh perjalanan kita..
Ku berlari laju mengejarmu..
Namun apa dayaku..
Ku sendiri lagi terasing disini..
Percayalah sayang..
Akan ku bahagiakanmu hingga hujung nyawaku..
Ku bersendiri lagi..
Tanpa ada arah, hanya kau yang ku mahu..
Kau yang ku rindu..
Kau yang ku cinta..
Tanpamu ku gelisah..
Berjanjilah sayang hanya kau dihati..
Takkan pernah berganti cintaku padamu..
Sayangku dengarkanlah irama lagu..
Ku tuju hanya kepadamu..
Percayalah sayang, ku terlalu cinta..
Kerana kau satu-satunya di hati ini buat selamanya..
Rinduku padamu takkan pernah terhenti..
Cinta yang terbina terlalu indah buatku..
Ku setia hanya padamu..
Ku berjanji akan mencintaimu selalu..
Pimpinlah aku ke syurga cinta
agar bisa aku menyatakan kau segalanya buat diri ini..
Berjanjilah sayang hanya kau disisi hingga akhir nanti..
InsyaAllah, Amin..

No comments:

Post a Comment