::..Digital Clock..::

Tuesday 5 July 2011

::..Aku Masih Disini..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat malam semua.
Semoga mimpi yang indah-indah (’’,)

….Aku Masih Disini….

Aku masih disini
Mencari sesuatu yang belum pasti
Sesuatu yang sukar ditafsirkan
Aku tak mahu dibelenggu kesilapan lalu
Aku tak mahu memikirkan masalah diri
Tapi apa dayaku
Aku hanya insan biasa
Insan biasa yang punya perasaan

Aku masih disini
Meneruskan sisa-sisa kehidupan
Kehidupan yang penuh onak dan ranjau berduri

Aku masih disini
Tetap setia menanti
Kerana ku pasti kehidupan ini yang terbaik buatku
Kitalah yang akan mencorakkan kehidupan ini sendiri
Corakkanlah ia bersama baja keimanan dan ketaqwaan
Nescaya hidup akan sentiasa bererti dengan kehendakNya
….InsyaAllah, Amin.…

No comments:

Post a Comment