::..Digital Clock..::

Friday 15 July 2011

::..Maaf..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat malam semua.
Saya ingin memohon maaf andai ada tersilap kata, tersalah bicara
dalam setiap coretan saya. Cak! Senyum selalu (’’,)

….Maaf….

Mengapa sukar untuk kita mengucapkan kata maaf..
Susah sangat ke untuk mengatakan
‘Saya minta maaf’..
Jatuh ke maruah diri kita hanya kerana meminta maaf..
Itu hanya ilusi tapi ini realiti..
Tidak salah untuk kita memulakan kata maaf walaupun
kita tahu kita bukanlah puncanya..
Sedarkan orang yang tertidur dengan egonya yang meninggi..
Tak perlu terlalu ego
kerana keegoan itu akan memusnahkan diri sendiri..
Saya sedar bukan mudah untuk
memaafkan orang yang menzalimi kita,
lebih-lebih lagi orang yang menikam kita daripada belakang
bahkan lebih lagi daripada itu..
Saya tahu bagaimana rasa hati terluka,
rasa macam tak boleh nak maafkan langsung
apa yang telah orang tu lakukan,
saya faham kerana kita manusia biasa yang punya perasaan,
mudah tersentuh dan sangat beremosi
terhadap sesuatu perkara yang sensitif..
Tapi cuba renungkan balik..
Fikir sedalam-dalamnya..
Ungkapkan sahaja ucapan maaf itu
walaupun orang itu tidak menyedarinya
kerana ianya akan memberikan kita ketenangan..
Ketenangan yang hakiki dan abadi..
Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya..
Perbuatan yang baik akan dibalas baik manakala
perbuatan yang jahat akan dibalas jahat..
Kehidupan ini sangat indah jika kita melaluinya
dengan hati yang tenang, bersih dan sabar..
Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah..
InsyaAllah, Amin..

No comments:

Post a Comment