::..Digital Clock..::

Monday 4 July 2011

::..Apa yang menarik?..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu (’’,)

....Selamat petang….
….Good evening….
….Konbanwa….
….Bonsoir….

Apa yang menarik hari ini?
Mungkin pada waktu ini ada di antara kita yang sedang
melaksanakan tugas harian,
ada juga yang sedang menonton rancangan kegemaran,
ada juga yang sibuk mengulangkaji pelajaran,
ada juga yang sedang makan,
ada juga yang keluar berjalan-jalan sama ada
dengan tujuan atau sebaliknya,
ada juga yang tidak berbuat apa-apa,
pastinya ada juga seperti saya yang sedang menulis coretan buat blog,
apa jua yang sedang atau akan kita lakukan,
lakukanlah dengan sepenuh hati walhal untuk
keluar membeli-belah pun kena sepenuh hati sebab
sepenuh hati nak kena keluarkan duit, hehehe..
Itu belum masuk bab tidur, tidur pun kena sepenuh hati, ye ke?
Hari ini menjadi hari yang menarik jika kita
memanfaatkan apa yang membolehkan ia kelihatan menarik
secara semulajadi atau sebaliknya.
Seperti kita melukis di atas sekeping kertas yang kosong,
kita ingin menghasilkan suatu lukisan yang menarik,
terpulang kepada kita bagaimana untuk menghasilkannya
kerana ianya berada di tangan kita.
Semoga hari ini
semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.
InsyaAllah, Amin.

No comments:

Post a Comment