::..Digital Clock..::

Monday 25 July 2011

::..Kejujuran..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai semua.
Semoga hari ini membawa erti tersendiri buat kita..

….Kejujuran….

Hmm, hari ni nak cerita tentang kejujuran..
Siapa jujur?
Siapa tak jujur?
Hehehe (’’,)
Bagi saya kejujuran tu penting tak kira dengan sesiapa pun
lebih-lebih lagi dengan keluarga dan insan tersayang..
Tapi ada juga keadaan yang menyebabkan
kita tak boleh bersikap jujur
contohnya ada orang yang tidak dikenali ingin meminta nombor telefon,
kalau macam tu mestilah berwaspada jadi kita ‘menipu’ sekejap..
Jangan pula sentiasa menipu, itu tak baik..
Susah sangat ke nak bersikap jujur?
Bagi saya, contohnya dalam berpasangan,
kita mesti jujur walaupun kita rasa takut untuk bersikap jujur tapi
sebenarnya apabila kita jujur pada pasangan,
pasangan akan merasa lebih bahagia dan dihargai walaupun
kadang kala kejujuran itu amat sukar untuk diterima..
Jujur lebih baik daripada menipu kerana takut-takut penipuan itu
akan terbongkar dan mencetuskan pelbagai konflik yang lebih parah..
Bak kata pepatah:
‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.’
Mesti tak nak jadi macam tupai tu kan, mesti sakit sebab terjatuh =(
Oleh itu, kita mesti jujur terutama jujur pada diri sendiri..
Yakinlah bahawa kejujuran yang lahir dari hati yang tulus dan ikhlas
akan membuahkan kebahagiaan..
Jangan ragu-ragu untuk bersikap jujur..
Cak! Senyum selalu (’’,)

Ice blended pelbagai perisa,
Dijual dalam sebuah bahtera,
Bersikap jujur setiap masa,
Agar hidup lebih sejahtera.

2 comments:

  1. kejujuran lambang peribadi seseorang manusia...

    ReplyDelete
  2. With Love...
    Banyaknya rose merah menyala
    tentu harum menyerap ke hati
    bersikap jujur berpada-pada
    asal jangan dijadikan titi

    ReplyDelete