::..Digital Clock..::

Monday 25 July 2011

::..Kejujuran..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai semua.
Semoga hari ini membawa erti tersendiri buat kita..

….Kejujuran….

Hmm, hari ni nak cerita tentang kejujuran..
Siapa jujur?
Siapa tak jujur?
Hehehe (’’,)
Bagi saya kejujuran tu penting tak kira dengan sesiapa pun
lebih-lebih lagi dengan keluarga dan insan tersayang..
Tapi ada juga keadaan yang menyebabkan
kita tak boleh bersikap jujur
contohnya ada orang yang tidak dikenali ingin meminta nombor telefon,
kalau macam tu mestilah berwaspada jadi kita ‘menipu’ sekejap..
Jangan pula sentiasa menipu, itu tak baik..
Susah sangat ke nak bersikap jujur?
Bagi saya, contohnya dalam berpasangan,
kita mesti jujur walaupun kita rasa takut untuk bersikap jujur tapi
sebenarnya apabila kita jujur pada pasangan,
pasangan akan merasa lebih bahagia dan dihargai walaupun
kadang kala kejujuran itu amat sukar untuk diterima..
Jujur lebih baik daripada menipu kerana takut-takut penipuan itu
akan terbongkar dan mencetuskan pelbagai konflik yang lebih parah..
Bak kata pepatah:
‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.’
Mesti tak nak jadi macam tupai tu kan, mesti sakit sebab terjatuh =(
Oleh itu, kita mesti jujur terutama jujur pada diri sendiri..
Yakinlah bahawa kejujuran yang lahir dari hati yang tulus dan ikhlas
akan membuahkan kebahagiaan..
Jangan ragu-ragu untuk bersikap jujur..
Cak! Senyum selalu (’’,)

Ice blended pelbagai perisa,
Dijual dalam sebuah bahtera,
Bersikap jujur setiap masa,
Agar hidup lebih sejahtera.

::..Penat ke?..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar?
Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik.
Cak! Senyum selalu (’’,)

….Penat ke?....

Penat tapi seronok, hehehe..
Hari sabtu dan ahad ada saudara datang rumah,
jadi tak berkesempatan untuk menulis, maklumlah sibuk melayan
tetamu lebih-lebih lagi ada sepupu yang masih kecil dan comel-comel..
Sebelum tu hari sabtu keluar bersama dengan adik-adik,
tapi tak dapat jalan-jalan sangatlah sebab adik ada urusan kat bank,
kemudian pergi klinik,
itupun ada klinik yang tutup cari lagi klinik yang lain,
lepas tu balik rumah kejap adik ambil laptop,
keluar lagi pergi kedai komputer pulak,
lepas tu balik rumah sekejap baru keluar,
jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 5.20pm, itu menunjukkan
kami ada masa lebih kurang 1jam setengah sahaja =(
Apapun, masa tu diperuntukkan dengan sebaik-baiknya (’’,)
Hari ahad melayan si kecil, huhuhu..
Dah siap sarapan semua, adik nak pergi kedai komputer
tapi malangnya kedai tu tutup..
Si kecil berdua dengan abang dia nak ikut,
riuh rendah dibuatnya dalam kereta,
si adik dengan kakak nak pergi Carrefour,
si abang pulak nak pergi main bowling, OMG, hahaha..
Tapi masa dah suntuk sebab adik nak balik jadi pergi Carrefour je,
bowling lain kali ye.. Adik dengan kakak dua-dua masuk troli,
macam-macam diborongnya biasalah budak-budak, hohoho..
Petang ahad semua balik, keadaan jadi macam seperti sediakala..
Apapun, memang best, penat tapi seronok..

Saturday 23 July 2011

::..Elok-elok..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cak! Tengah buat apa tu?
Jaga diri elok-elok (’’,)

….Elok-elok….

Selamat pagi semua..
Dah sarapan ke belum?
 Jangan lupa untuk bersarapan kerana sarapan itu penting..
Mulakan hari ini dengan senyuman..
Cepat senyum (’’,)
Pagi-pagi macam ni fikir perkara-perkara yang positif je,
yang negatif tolak tepi dulu..
Waktu pagi macam ni adalah permulaan hari,
jadi kita mulakan hari kita dengan perasaan yang gembira, tenang,
muka pun senyum je, sejuk mata memandang, hehehe..
Tak mahu masam-masam muka pagi ni, cak!
Pejam mata, tarik nafas sedalam-dalamnya,
hembuskan keluar perlahan-lahan..
Tenang tak?
Buat yang sedang bekerja, kerja elok-elok..
Buat yang nak pergi kerja atau tempat belajar, pergi elok-elok..
Buat yang sedang mengemas, kemas elok-elok..
Buat yang sedang memasak, masak elok-elok..
Buat yang sedang makan, makan elok-elok..
Buat yang sedang tidur, tidur elok-elok, hehehe =P
Apa jua yang sedang atau akan dilakukan, lakukan elok-elok ye..
Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan..
InsyaAllah, Amin..

Makan roti disapu mentega,
Ditambah pula sedikit gula,
Usah bersedih atau berduka,
Hiburkan hati seperti sediakala.

Thursday 21 July 2011

::..Kedamaian Malam..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat malam semua.
Semoga tidur dengan nyenyak dan bermimpi yang indah-indah.
Cak! Senyum selalu (’’,)

….Kedamaian Malam….

Kedinginan malam menerpaku di saat ini..
Anginnya bertiup kencang..
Sungguh tenang perasaan di kala ini..
Amat mendamaikan jiwaku..
Aku tersenyum sendiri..
Indahnya suasana malam ini..
Ku merenung bintang-bintang yang bertaburan di kaki langit..
Cahayanya bergemerlapan..
Aku rasa suatu perasaan yang lain..
Perasaan yang tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata..
Perasaan halus yang menjalar di segenap tubuhku..
Indahnya ciptaanmu Ya Allah..
Ciptaan yang tiada tolok tandingnya..
Subhanallah..
Aku leka dibuai kedamaian malam..
Aku menarik nafasku dalam-dalam..
Asyiknya perasaan ini..
Terima kasih Ya Allah..
Semoga perjalanan hidupku sentiasa diberkati olehMu..
InsyaAllah, Amin..

Wednesday 20 July 2011

::..Istimewa..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar semua?
Semoga semuanya sihat walafiat di samping keluarga
dan insan tersayang.
Sedang meraikan atau mengingati sesuatu yang istimewa?
Jeng.. Jeng.. Jeng..

….Istimewa….

Apa istimewanya hari ini?
Pastinya ada di antara kita yang sedang meraikan sesuatu
yang istimewa dan bermakna pada hari ini.
Sebelum tu, hari ini bertarikh:

20 Julai 2011
20 July 2011
20.07.2011
20/07/2011
20-07-2011

Ada yang menyambut hari ulang tahun kelahiran,
ulang tahun perkahwinan, ulang tahun perkenalan,
dan macam-macam peristiwa yang berlaku pada tarikh ini.
Tentunya ia merupakah tarikh yang akan dikenang sampai bila-bila.
Ada yang bergembira dan ada juga yang berduka.
Buat yang berduka, tabahkan hati dan kuatkan semangat.
Jangan bersedih kerana apa yang berlaku itu
ada hikmah di sebaliknya.
Anggaplah ia sebagai salah satu ujian dari Allah.
Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita.
InsyaAllah, Amin.

Buat yang menyambut ulang tahun kelahiran:
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke (’’,)..
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman,
diberikan kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan dan kejayaan
di dunia dan di akhirat serta sentiasa diberkati Allah..
Amin..

Buat semua yang menyambut ulang tahun pada hari ini:
Selamat Ulang Tahun..
Semoga ianya memberikan seribu kemanisan dan kegembiraan
yang berpanjangan dan berkekalan buat selamanya..
Amin..

Hari yang istimewa datang lagi,
Memberikan diri ini seribu erti,
Ianya seindah warna-warni pelangi,
Semoga dapat membahagiakan hati.

Tuesday 19 July 2011

::..Sayang seribu kali sayang..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tengah buat apa tu?
Walau apa jua yang sedang dilakukan, semoga semuanya dalam
keadaan yang baik dan yang penting sentiasa ceria, hehehe (’’,)

….Sayang seribu kali sayang….

Sayang seribu kali sayang..
Nasi sudah menjadi bubur..
Jangan kau sesalkan kerana itu kemahuanmu..

Sayang seribu kali sayang..
Kau tidak pernah menghargai kehadiranku..
Kau campakkan aku jauh dari dirimu..

Sayang seribu kali sayang..
Semuanya sudah terlambat..
Tiada guna kau menangisi apa yang telah terjadi..

Sayang seribu kali sayang..
Kau tak nampak cahaya menerangi hidupmu..
Kau leka dan alpa dengan keseronokan duniawi..

Sayang seribu kali sayang..
Kau tidak pernah insaf dengan apa yang telah terjadi..
Sedarlah bahawa dunia ini hanya sementara..

Semoga pintu hatimu akan terbuka ke arah kebaikan
dan meninggalkan kejahatan..
InsyaAllah, Amin..

Buah oren buah pelam,
Dibuat jus sangatlah mudah,
Hai semua selamat malam,
Semoga mimpi yang indah-indah.

::..Salahkah aku?..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar hari ni?
Semoga semuanya sentiasa sihat, cak! (’’,)

....Salahkah aku?....

Salahkah aku merinduimu?
Salahkah aku menyayangimu?
Salahkah aku menyintaimu?
Salahkah aku mengingatimu?
Salahkah aku?
Salahkah aku membencimu?
Salahkah aku menghukummu?
Salahkah aku menipumu?
Salahkah aku pergi darimu?
Salahkah aku?
Atau kau yang bersalah?
Salah atau betul fikir dan renungkanlah..
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan,
cuma janganlah mengulangi kesilapan yang sama..
Jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan juga pengalaman
yang berguna buat masa hadapan..
Senyum selalu (’’,)

Monday 18 July 2011

::..Penat..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat petang semua.
Semoga petang ini memberikan ketenangan dan kedamaian.
Cak! Senyum selalu (’’,)

….Penat….

Hmm, tengah buat apa tu?  Penat tak?
Penat semalam tak hilang lagi tapi hari ni
masih mampu berjalan-jalan lagi, hehehe..
Semalam pergi tengok adik bongsu kat sebuah sekolah berasrama
penuh di selatan tanahair,huhuhu..  Dahlah keluar rumah pagi,
malam baru sampai rumah, penat sangat ditambah lagi
berjalan-jalan kat Jusco dan Tesco..
Tolong!!  Saya penat..
Dahlah dalam perjalanan ke tempat adik bongsu saya, ambil pula adik saya kat Pasir Gudang, dia pun nak ikut jugak,
tapi takpe best kan ramai-ramai (’’,)
Saya tak memandu kereta pun, ayah saya yang pandu tapi saya tetap penat terasa sampai sekarang, hahaha..
Kalau saya dah penat macam ni,
ayah saya berkali-kali ganda penatnya..
Adoiiii =P
Jumpa adik saya, kebetulan sekolah ada buat jualan,
bestlah macam-macam ada..
Ops, rupanya adik saya berpuasa..
Datang sana nak bagi cempedak goreng, hohoho dan makanan lain untuk dimakan waktu berbuka puasa.. Sebenarnya tak tahu pun dia puasa, datang tanpa beritahu..
Keluar jalan-jalan beli apa-apa yang patut lepas tu balik..
Pergi keluar jalan-jalan ke Jusco dan Tesco pulak sampai
lenguh kaki =(
Kemudian hantar adik balik ke Pasir Gudang..
Sampai rumah dah malam, buat apa-apa yang patut dan tidur, sebelum tu buka blog sekejap tak sampai 5 minit terus tidur (’’,)
Hari ni, pagi-pagi bangun kemas rumah dalam pukul 9am bersiap nak keluar lagi.. Jalan-jalan dan makan-makan walaupun penat semalam tak hilang lagi..
Hari ni dalam tempoh 4jam dah makan macam-macam, ayamlah, bubur McD dan nasi tomato, kenyang sangat-sangat...
Semalam makan pun tak ingat dunia,
hari ni pun tak ingat dunia, hehehe..
Alhamdulillah, bersyukur di atas rezeki yang diberi olehNya..
  Jom, tengok koleksi makanan yang dimakan (’’,) 









Saturday 16 July 2011

::..Menyesal..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai, apa khabar?
Semoga semuanya sihat, gembira dan bahagia (’’,)

….Menyesal….

Baiklah semua, mari kita mulakan..
1.. 2.. 3.. Mula..
Wah, macam pertandingan pulak, hehehe..
Siapa pernah rasa MENYESAL??
(cepat.. cepat.. tak perlu angkat tangan =P)
Hmm, kadang-kadang kita rasa macam menyesal dengan apa yang kita dah lakukan, rasa macam nak undur balik je
supaya tak menyesal, pasti??
Bak kata pepatah,
‘Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.’
Perkara apa yang membuatkan kita menyesal?
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Menyesal sebab tak dengar cakap ibu bapa?
Menyesal sebab tersalah pilih kursus?
Menyesal sebab tak belajar bersungguh-sungguh?
Menyesal sebab tersalah pilih pasangan?
Menyesal itu, menyesal ini..
Banyaknya menyesal….
Ada juga yang menyesal sebab makan????
Macam-macam versi menyesal ada..
Tapi nak buat macam mana, perkara dah berlaku..
Jadikan ianya sebagai satu pengalaman dan pengajaran dalam hidup..
Jangan cepat berputus asa dengan apa yang telah terjadi,
perbaiki dan muhasabah diri..
Semoga penyesalan itu membuatkan kita
menjadi insan yang lebih baik..
Insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..
InsyaAllah, Amin..

Baju kurung baju kebaya,
Pakaian tidak mengira masa,
Tapi apakan daya,
Saya hanya insan biasa.

Mari makan kerabu mangga,
Enaknya pasti tidak terkira,
Pengalaman sesuatu yang berharga,
Agar hidup lebih sejahtera.

Friday 15 July 2011

::..Maaf..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat malam semua.
Saya ingin memohon maaf andai ada tersilap kata, tersalah bicara
dalam setiap coretan saya. Cak! Senyum selalu (’’,)

….Maaf….

Mengapa sukar untuk kita mengucapkan kata maaf..
Susah sangat ke untuk mengatakan
‘Saya minta maaf’..
Jatuh ke maruah diri kita hanya kerana meminta maaf..
Itu hanya ilusi tapi ini realiti..
Tidak salah untuk kita memulakan kata maaf walaupun
kita tahu kita bukanlah puncanya..
Sedarkan orang yang tertidur dengan egonya yang meninggi..
Tak perlu terlalu ego
kerana keegoan itu akan memusnahkan diri sendiri..
Saya sedar bukan mudah untuk
memaafkan orang yang menzalimi kita,
lebih-lebih lagi orang yang menikam kita daripada belakang
bahkan lebih lagi daripada itu..
Saya tahu bagaimana rasa hati terluka,
rasa macam tak boleh nak maafkan langsung
apa yang telah orang tu lakukan,
saya faham kerana kita manusia biasa yang punya perasaan,
mudah tersentuh dan sangat beremosi
terhadap sesuatu perkara yang sensitif..
Tapi cuba renungkan balik..
Fikir sedalam-dalamnya..
Ungkapkan sahaja ucapan maaf itu
walaupun orang itu tidak menyedarinya
kerana ianya akan memberikan kita ketenangan..
Ketenangan yang hakiki dan abadi..
Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya..
Perbuatan yang baik akan dibalas baik manakala
perbuatan yang jahat akan dibalas jahat..
Kehidupan ini sangat indah jika kita melaluinya
dengan hati yang tenang, bersih dan sabar..
Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah..
InsyaAllah, Amin..