::..Digital Clock..::

Monday 25 July 2011

::..Kejujuran..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai semua.
Semoga hari ini membawa erti tersendiri buat kita..

….Kejujuran….

Hmm, hari ni nak cerita tentang kejujuran..
Siapa jujur?
Siapa tak jujur?
Hehehe (’’,)
Bagi saya kejujuran tu penting tak kira dengan sesiapa pun
lebih-lebih lagi dengan keluarga dan insan tersayang..
Tapi ada juga keadaan yang menyebabkan
kita tak boleh bersikap jujur
contohnya ada orang yang tidak dikenali ingin meminta nombor telefon,
kalau macam tu mestilah berwaspada jadi kita ‘menipu’ sekejap..
Jangan pula sentiasa menipu, itu tak baik..
Susah sangat ke nak bersikap jujur?
Bagi saya, contohnya dalam berpasangan,
kita mesti jujur walaupun kita rasa takut untuk bersikap jujur tapi
sebenarnya apabila kita jujur pada pasangan,
pasangan akan merasa lebih bahagia dan dihargai walaupun
kadang kala kejujuran itu amat sukar untuk diterima..
Jujur lebih baik daripada menipu kerana takut-takut penipuan itu
akan terbongkar dan mencetuskan pelbagai konflik yang lebih parah..
Bak kata pepatah:
‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.’
Mesti tak nak jadi macam tupai tu kan, mesti sakit sebab terjatuh =(
Oleh itu, kita mesti jujur terutama jujur pada diri sendiri..
Yakinlah bahawa kejujuran yang lahir dari hati yang tulus dan ikhlas
akan membuahkan kebahagiaan..
Jangan ragu-ragu untuk bersikap jujur..
Cak! Senyum selalu (’’,)

Ice blended pelbagai perisa,
Dijual dalam sebuah bahtera,
Bersikap jujur setiap masa,
Agar hidup lebih sejahtera.

::..Penat ke?..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar?
Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik.
Cak! Senyum selalu (’’,)

….Penat ke?....

Penat tapi seronok, hehehe..
Hari sabtu dan ahad ada saudara datang rumah,
jadi tak berkesempatan untuk menulis, maklumlah sibuk melayan
tetamu lebih-lebih lagi ada sepupu yang masih kecil dan comel-comel..
Sebelum tu hari sabtu keluar bersama dengan adik-adik,
tapi tak dapat jalan-jalan sangatlah sebab adik ada urusan kat bank,
kemudian pergi klinik,
itupun ada klinik yang tutup cari lagi klinik yang lain,
lepas tu balik rumah kejap adik ambil laptop,
keluar lagi pergi kedai komputer pulak,
lepas tu balik rumah sekejap baru keluar,
jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 5.20pm, itu menunjukkan
kami ada masa lebih kurang 1jam setengah sahaja =(
Apapun, masa tu diperuntukkan dengan sebaik-baiknya (’’,)
Hari ahad melayan si kecil, huhuhu..
Dah siap sarapan semua, adik nak pergi kedai komputer
tapi malangnya kedai tu tutup..
Si kecil berdua dengan abang dia nak ikut,
riuh rendah dibuatnya dalam kereta,
si adik dengan kakak nak pergi Carrefour,
si abang pulak nak pergi main bowling, OMG, hahaha..
Tapi masa dah suntuk sebab adik nak balik jadi pergi Carrefour je,
bowling lain kali ye.. Adik dengan kakak dua-dua masuk troli,
macam-macam diborongnya biasalah budak-budak, hohoho..
Petang ahad semua balik, keadaan jadi macam seperti sediakala..
Apapun, memang best, penat tapi seronok..

Saturday 23 July 2011

::..Elok-elok..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cak! Tengah buat apa tu?
Jaga diri elok-elok (’’,)

….Elok-elok….

Selamat pagi semua..
Dah sarapan ke belum?
 Jangan lupa untuk bersarapan kerana sarapan itu penting..
Mulakan hari ini dengan senyuman..
Cepat senyum (’’,)
Pagi-pagi macam ni fikir perkara-perkara yang positif je,
yang negatif tolak tepi dulu..
Waktu pagi macam ni adalah permulaan hari,
jadi kita mulakan hari kita dengan perasaan yang gembira, tenang,
muka pun senyum je, sejuk mata memandang, hehehe..
Tak mahu masam-masam muka pagi ni, cak!
Pejam mata, tarik nafas sedalam-dalamnya,
hembuskan keluar perlahan-lahan..
Tenang tak?
Buat yang sedang bekerja, kerja elok-elok..
Buat yang nak pergi kerja atau tempat belajar, pergi elok-elok..
Buat yang sedang mengemas, kemas elok-elok..
Buat yang sedang memasak, masak elok-elok..
Buat yang sedang makan, makan elok-elok..
Buat yang sedang tidur, tidur elok-elok, hehehe =P
Apa jua yang sedang atau akan dilakukan, lakukan elok-elok ye..
Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan..
InsyaAllah, Amin..

Makan roti disapu mentega,
Ditambah pula sedikit gula,
Usah bersedih atau berduka,
Hiburkan hati seperti sediakala.

Thursday 21 July 2011

::..Kedamaian Malam..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat malam semua.
Semoga tidur dengan nyenyak dan bermimpi yang indah-indah.
Cak! Senyum selalu (’’,)

….Kedamaian Malam….

Kedinginan malam menerpaku di saat ini..
Anginnya bertiup kencang..
Sungguh tenang perasaan di kala ini..
Amat mendamaikan jiwaku..
Aku tersenyum sendiri..
Indahnya suasana malam ini..
Ku merenung bintang-bintang yang bertaburan di kaki langit..
Cahayanya bergemerlapan..
Aku rasa suatu perasaan yang lain..
Perasaan yang tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata..
Perasaan halus yang menjalar di segenap tubuhku..
Indahnya ciptaanmu Ya Allah..
Ciptaan yang tiada tolok tandingnya..
Subhanallah..
Aku leka dibuai kedamaian malam..
Aku menarik nafasku dalam-dalam..
Asyiknya perasaan ini..
Terima kasih Ya Allah..
Semoga perjalanan hidupku sentiasa diberkati olehMu..
InsyaAllah, Amin..