::..Digital Clock..::

Tuesday 19 July 2011

::..Sayang seribu kali sayang..::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tengah buat apa tu?
Walau apa jua yang sedang dilakukan, semoga semuanya dalam
keadaan yang baik dan yang penting sentiasa ceria, hehehe (’’,)

….Sayang seribu kali sayang….

Sayang seribu kali sayang..
Nasi sudah menjadi bubur..
Jangan kau sesalkan kerana itu kemahuanmu..

Sayang seribu kali sayang..
Kau tidak pernah menghargai kehadiranku..
Kau campakkan aku jauh dari dirimu..

Sayang seribu kali sayang..
Semuanya sudah terlambat..
Tiada guna kau menangisi apa yang telah terjadi..

Sayang seribu kali sayang..
Kau tak nampak cahaya menerangi hidupmu..
Kau leka dan alpa dengan keseronokan duniawi..

Sayang seribu kali sayang..
Kau tidak pernah insaf dengan apa yang telah terjadi..
Sedarlah bahawa dunia ini hanya sementara..

Semoga pintu hatimu akan terbuka ke arah kebaikan
dan meninggalkan kejahatan..
InsyaAllah, Amin..

Buah oren buah pelam,
Dibuat jus sangatlah mudah,
Hai semua selamat malam,
Semoga mimpi yang indah-indah.

No comments:

Post a Comment